PERINTANG

Perintang ialah sejenis peranti yang berfungsi untuk mengawal amaun arus yang mengalir di dalam sesuatu litar. Perintang sangat penting dan diperlukan dalam setiap litar. Perintang biasanya dikaitkan dengan hokum ohm.

Jenis-Jenis Perintang.

Perintang boleh dibahagiakan kepada dua jenis yang utama, iaitu ;-

a.perintang tetap

b.perintang boleh ubah


Perintang Tetap

Ada beberapa jenis perintang tetap. Antaranya ialah :-

a.perimtang karbon

- paling banyak digunakan dalam litar

b.perintang dawai berbelit

- digunakan untuk mengalirkan arus yang besar melaluinya.

- kebanyakkannya adalah perintang lelurus.

- berkadar terus dengan voltan.

Perintang Boleh Ubah

- boleh mengubah kadar rintangan.

- mempunyai trek karbon dan sesentuh yang boleh dipusing.

Kod Warna Perintang

Perintang lazimnya ditandakan dengan kod warna. Tujuannya sebagai penunjuk nilai rintangan.

Tiga jalur warna menunjukkan nilai rintangan. Manakala warna ke-4 menunjukkan had terima. Boleh juga dikatakan sebagai toleransi.

Jalur satu – angka pertama

Jalur dua – angka kedua

Jalur tiga – pendarab, iaitu bilangan nombor kosong yang didarab dengan dua digit pertama

Jalur empat – had terima sesuatu perintang. Emas ialah 5%, perak ialah 10% manakala jika tiada

jalur warna hendaklah dianggap sebanyak 20%..

Jadual Kod Warna.

Jadual berikut menunjukkan nilai-nilai piawai bagi warna jalur pada perintang.

Warna Jalur

Jalur Pertama Digit Pertama

Jalur Kedua Digit Kedua

Jalur Ketiga

Jalur Keempat Had Terima

Hitam

Perang

Merah

Oren

Kuning

Hijau

Biru

Ungu

Kelabu

Putih

Emas

Perak

Tiada Warna

0

1

2

3

4

5

6

7

8

9

0

1

2

3

4

5

6

7

8

9

X 1

X 10

X 100

X 1000

X 10000

X 100000

X 1000000

X 10000000

X 100000000

X 1000000000

± 1

± 2

± 5%

±10%

±20%

Faktor-faktor yang mempengaruhi rintangan.

  1. Panjang pengalir (wayar)

Panjang pengalir adalah dalam unit meter (m). Rintangan adalah berkadar terus

dengan panjang pengalir R a L di mana semakin panjang sesuatu pengalir, maka

nilai rintangan juga akan meningkat.

  1. Luas muka keratan rentas pengalir

Luas keratan rentas adalah dalam bentuk meter persegi (m2). Rintangan pula

berkadar songsang dengan luas keratan rentas pengalir R a di mana semakin

kecil luas keratan rentas pengalir, maka semakin tinggilah nilai rintangannya dan

begitulah sebaliknya.

  1. Jenis bahan

r atau kerintangan adalah mewakili sifat atau jenis bahan pengalir. Kerintangan

ditakrifkan sebagai rintangan di antara permukaan-permukaan yang bertentangan

bagi sesuatu kiub yang berukuran 1 meter padu.

  1. Suhu



Tiada ulasan: