Genetik

Objektif

Di akhir membaca sumber pengajaran ini anda akan dapat:

a) Menyatakan ciri-ciri ternakan yang dikehendaki

b) Memperbaiki baka yang sedia ada

c) Menerangkan pembiakan makanan

Abstrak

Sumber pengajaran ini bertujuan untuk dijadikan sebagai bahan sumber dan panduan kepada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Sains Pertanian dan sesiapa sahaja terutamanya di dalam tajuk genetik ternakan.Di dalam tajuk ini terdapat tajuk-tajuk kecil yang lebih khusus tentang pengeluaran ternakan.Secara umumnya pelbagai usaha telah dijalankan dalam membangunkan sektor pengeluaran ternakan ini. Sejak dahulu lagi pun teknik pembiakbakaan telah pun diaplikasikan kepada haiwan ternakan untuk menghasilkan baka ternakan yang lebih baik daripada asalnya untuk tujuan keuntungan dan kemudahan. Pengklonan dan pengubahsuaian haiwan ternakan sememangnya dapat membantu dalam masalah kebuluran dan kekurangan zat dalam makanan.Seperti kita ketahui sumber protein yang sedia ada memang berkurangan berbanding dengan kepesatan pembesaran populasi manusia di dunia. Maka penggunaan teknologi ini sangat penting dalam menampung keperluan protein manusia seluruh dunia.Usaha-usaha seperti melahirkan haiwan transgenik sedang pesat dijalankan bagi menghasilkan haiwan-haiwan yang sebagai contohnya kambing yang menghasilkan susu yang lebih banyak, ayam yang menghasilkan telur yang lebih besar dan di bervitamin dan kan yang lebih besar dan tahan lasak dengan keadaan persekitaran.Gen-gen yang berguna telah diselitkan kepada haiwan ini semasa dalam keadaan persenyawaan invitro dan sel telur yang telah disenyawakan dipindahkan kepada ibu tumpang yang sesuai bagi pembesaran berikutnya. Anak yang baru lahir ini akan mempunyai ciri-ciri yang telah dibawa oleh gen yang telah diterapkan.

Ciri-ciri ternakan yang dikehendaki

1) Cepat membesar

2) Pengeluaran berkualiti

3) Pengeluaran tinggi

4) Keupayaan melahirkan anak yang banyak

5) Kecekapan penukaran makanan yang tinggi

6) Toleran terhadap persekitaran

Memperbaiki baka yang sedia ada

Dalam baka-baka yang sedia ada, beberapa kaedah yang digunakan untuk memperbaiki baka-baka tersebut.Antaranya ialah dengan menggunakan kaedah pembiakbakaan kacuk dan pembiakbakaan seturunan.

1. Pembiakbakaan kacuk

Pengacukan (crossbreeding) ialah pembiakbakaan antara lembu daripada dua baka atau lebih.Dalam pengeluaran lembu pedaging secara besar-besaran, pengacukan dijalankan untuk mempergunakan heterosis iaitu keadaan pencapaian anak yang lebih baik berbanding dengan purata pencapaian induknya.Darjah heterosis yang diperoleh bergantung pada baka-baka yang dipilih.Semakin jauh perhubungan genetik antara dua baka, semakin tinggi darjah heterosis yang diperoleh.Contohnya baka lembu Bos indicus yang berasal dari India berhubungan jauh dengan baka Bos taurus lembu yang berasal dari Eropah.Pengacukan antara kedua-dua baka ini akan menghasilkan darja heterosis yang lebih tinggi daripada darjah heterosis hasil pengacukan antara baka lembu Bos indicus atau antara baka lembu Bos taurus.Keputusan untuk membuat pengacukan bergantung pada pencapaian kacukan berbanding dengan baka-baka induknya.Pengacukan mungkin wajar jika purata pencapaian kacukan setahap atau melebihi kedua-dua induknya.Kacukan lembu pedaging pada lazimnya mempunyai tahap kecergasan yang lebih tinggi daripada baka-baka tulen.Kesan pengacukan lebih ketara pada ciri kesuburan dan ciri yang berkaitan dengan kemandirian (suvivality).Banyak kebaikan yang didapati daripada pengacukan datangnya daripada penggunaan induk-induk betina kacukan.Keadaan ini berhubung rapat dengan kesan baik yang ditunjukkan pada ciri kesuburan dan keupayaan mengibu (mothering ability)

2. Pembiakbakaan seturunan

Pembiakbakaan seturunan ialah pembiakbakaan yang melibatkan pengawanan antara ternakan yang mepunyai hubungan kekeluargaan yang rapat bagi mendapatkan genotip asal keturunannya.Contohnya induk jantan dikahwinkan dengan anak betina, anak jantan dikahwinkan dengan ibunya dan pengawanan adik beradik.Hasil daripada pembiakbakaan seturunan, anak akan mewarisi 50% genotip induk pada generasi F1, 75% pada generasi F2, 87.25% pada generasi F3. 93.7% pada generasi F4 dan 98.87% pada generasi F5.

Kelebihan pembiakan seturunan :

a) Mengekalkan ciri dalaman baka

Melalui pembiakbakaan seturunan sebanyak lima generasi, genotip asal induk sebanyak 98.87% diperolehi semula daripada induknya dan ini akan dapat mengekalkan ciri dalaman baka.

b) Mewujudkan satu kumpulan yang mempunyai ciri luaran yang seragam

Generasi F5 mempunyai ciri luaran yang seragam kerana genotip yang terkandung adalah menyamai satu antara yang lain.

Kelemahan pembiakan seturunan :

a) Kekurangan kecerdasan

Disebabkan melalui kaedah pembiakbakaan seturunan yang melibatkan pertalian keluarga yang rapat, anak daripada generasi yang berikutnya akan mempunyai genotip yang mengandungi gen resesif dimana anak yang akan dilahirkan akan kurang kecergasannya.

b) Penurunan keupayaan membiak

Keupayaan membiak dikalangan haiwan pembiakbakaan seturunan akan menyebabkan penurunan keupayaan membiak

Sistem pembiakan ruminan

1) Sistem pembiakan lembu jantan

a) Testis

Merupakan organ pembiakan utama bagi haiwan jantan.Lembu mempunyai sepasang testis yang setiap satu berukuran 7 cm garis pusat dan 13 cm panjang.Komponen pentingnya ialah tubul seminiferus (sel sertoli dan spermatogonium) dan sel Leydiq.Tubul seminiferus dan kepala epididimis disambung oleh rete testis dan duktul eferen.

b) Fungsi testis

Testis mempunyai dua fungsi iaitu yang pertama menghasilkan sel germa jantan, spermatozoon atau sperma.Kedua menghasilkan hormon seks jantan, testosteron yang akan meransang perkembangan dan memelihara organ pembiakan jantan yang lain dan ciri-ciri seks kedua.Testis berperanan dalam kemahuan seks atau libido yang menyebabkan berlakunya adegan mengawan dalam sistem kacukan semulajadi.Hormon jantan juga memberi kesan pada proses pertumbuhan, perkembangan dan rupa bentuk bahagian badan yang tidak berkait langsung dengan pembiakan.Pembuangan testis atau pengembirian telah digunakan sejak dahulu kala untuk mendapatkan haiwan ternakan yang lebih mudah diurus dan menggalakkan keupayaan menggemuk pada umur yang masih muda.Walaupun perkara ini boleh merendahkan kadar pertumbuhan, mengurangkan pertumbuhan tisu tanpa lemak dan meninggikan keperluan makanan per unit pertambahan berat badan dalam banyak spesis.

c) Epididimis

Organ ini berbentuk tiub yang berukuran 36 m, terletak secara membujur pada permukaan testis.Epididimis terbahagi kepada tiga bahagian iaitu kepala epididimis, badan epididimis dan ekor epididimis.

d) Kalenjar aksesori jantan

Geluk mani atau vesikel semen, kalenjar prostat dan kalenjar Cowper atau kalenjar bulbouretra menyumbang komponen bendalir ke dalam mani.Lebih separuh daripada bendalir di dalam mani dikeluarkan oleh geluk mani.

e) Perkembangan spermatozoon

Spermatozoon atau sperma, dibentuk dalam duktus panjang yang bergelung yang terletak di dalam testis dan dipanggil tubul seminifer.Duktus ini menumpu dan bercantum menjadi satu siri duktus yang mengosong menuju epididimis.Epididimis melekat rapat dengan testis.Ia merupakan duktus yang berterusan dan bergelung-gelung, mempunyai panjang yang berbeza daripada beberapa kaki hingga beberapa ratus kaki pada spesis yang berbeza.Seterusnya duktus ini mengosong ke dalam vas deferens.Setiap vas deferens mempunyai saluran sperma ke uretra.Uretra mempunyai dua fungsi iaitu mengeluarkan air kencing dan sebagai saluran untuk pemindahan sel germa kepada haiwan betina.Spermatozoon dihasilkan daripada spermatogonium di dalam tubul seminifer melalui satu siri pembahagian sel (lihat rajah).Pengubahsuaian sel juga berlaku yang menyebabkan penghasilan sel sperma yang berciri motil.Semasa lahir, tubul seminifer pada haiwan yang belum benar-benar berkembang dan mengandungi dua jenis sel.Yang pertama ialah sel sokong yang berkembang biak (membahagi) dan berubah menjadi sel Sertoli.Yang kedua pula disebut gonosit yang akan berkembang biak dan berubah menjadi spermatogonium.Spermatogonium membahagi dan sebahagiannya menjadi spermatosit primer.Dalam keadaan yang lain pembahagian sel menghasilkan spermatogonium tambahan, dengan itu pembentukan sel ini boleh dikekalkan sebagai satu sumbangan yang berterusan sebagai sumber spermatisit primer.Umur ketika spermatosit primer mula dihasilkan berbeza-beza pada haiwan dan nampaknya lebih ditentukan oleh pertumbuhan haiwan berbanding dengan umur haiwan itu sendiri.

Untuk mengekalkan bilangan kromosom yang tetap dalam setiap spesis, pengurangan bilangan kromosom berlaku semasa pembentukan sperma dan ovum.Jenis pembahagian sel yang menjalankan proses ini disebut meiosis.Di dalam proses ini satu ahli daripada setiap pasang kromosom memasuki setiap sel anak yang terjadi.Mekanisme ini menyebabkan gamet yang terjadi tiap satunya hanya mengandungi satu bahagian daripada setiap pasangan gen yang dihasilkan.Setiap spermatosit primer membahagi secara meiosis untuk membentuk dua spermatosist sekunder, yang setiap satunya mengandungi hanya satu daripada setiap pasangan kromosom.Setiap spermatosit sekunder kemudiannya membahagi secara meiosis untuk membentuk dua spermatid.Setiap spermatid mempunyai bilangan kromosom yang berkurang atau haploid.Seterusnya tidak ada pembahagian sel berlaku, tetapi setiap spermatid mengalami perubahan yang jelas dari segi bentuk dan terus berkembang menjadi spermatozoon.Bahan nukleus menjadi pekat, kromosom tidak boleh dikenalpasti dan sitoplasma mengecut dan tidak dapat dibezakan lagi.Nukleus menjadi kepala sperma dan flageum mula terbentuk yang terdiri daripada bahagian tengah yang menebal dan juga bahagian ekor.Setiap spermatosit primer boleh menjadi empat spermatozoon.Spermatid akan terlekat pada sel Sertoli atau sel peraway yang mungkin bertugas memberi makan spermatid di akhir peringkat spermatogenesis.Spermatozoon akan terlepas daripada sel Sertoli apabila telah sempurna terbentuk dan bergerak melalui tubul seminifer ke dalam rete testis dan seterusnya menuju ke epididimis untuk proses pematangan seterusnya.

Proses spermatogenesis dari peringkat spermatosit primer sehingga sel sperma memasuki epididimis memerlukan 30 hingga 40 hari bergantung kepada spesis.Sperma bergerak melalui epididimis memerlukan 10 hingga 14 hari.Oleh itu keseluruhan proses pengeluaran dan pematangan sperma memerlukan 6 hingga 8 minggu.

Apabila telah bermula dan tanpa faktor luar yang mengganggu, penghasilan sperma merupakan proses yang berterusan pada haiwan sehingga mencapai peringkat tua.Bagi kebanyakkan spesis, suhu persekitaran yang tinggi mengganggu penghasilan sperma.Demam panas dan tekanan yang lain boleh menyebabkan kesan buruk terhadap penghasilan sperma dalam semua spesis.Bagi spesis yang membiak secara bermusim, testis mengecut sepenuhnya semasa musim tidak mengawan dan tiada sperma dihasilkan.Terdapat banyak kelenjar yang terletak disepanjang vas deferens dan uretra yang merembeskan bendalir yang bertugas sebagai pembawa sel sperma.Bendalir ini dinamakan plasma semen.Bersama-sama sel sperma bendalir ini membentuk semen yang akan memancutkan sel sperma daripada badan.(Rujuk Rajah 1e)

2. Fungsi-fungsi sistem pembiakan lembu betina

a) Vulva

Vulva merupakan satu-satunya bahagian pembiakan betina yang terletak dibahagian luar badan. Perubahan warna dan keadaan tisu vulva semasa estrus adalah amat berguna dalam pengesanan lembu biang.

b) Vagina

Vagina merupakan saluran seperti paip bermula daripada bukaan pundi kencing ke pangkal servik.Panjangnya adalah lebih kurang 20cm, menerima kemasukan penis dan sebagai tempat semen di pancutkan semasa pembiakaan tabii berlaku. Ia juga menjadi laluan keluar anak lembu semasa proses kelahiran.Salah satu fungsi penting vagina ialah menjadi lapisan pertahanan terhadap serangan bakteria.Cecair yang dirembeskan oleh vagina dan servik boleh membantutkan pertumbuhan bakteria merbahaya. Walau bagaimanapun, ia tidak mencukupi sekiranya kebersihan peralatan untuk permanian beradas tidak diambil kira.

c) Serviks

Servik adalah struktur seperti paip tebal, keras dan mempunyai lumen yang sempit. Panjangnya adalah sekitar 7-12cm dan berdiameter 2–3cm. Ia memisahkan vagina dan badan uterus. Bahagian bibir servik agak membengkak keluar ke arah bahagian vagina, keadaan ini membentuk ’poket’ (fornix) di sekitar pangkal servik, bahagian ini

perlu dielakan semasa melakukan permanian beradas.Jika dibandingkan dengan dinding vagina, dinding servik lebih tebal dan padat. Terdapat 3-5 lipatan atau struktur cecincin di dalam dinding servik yang dipanggil ’annular fold’ (lipatan anular).

Lipatan-lipatan ini perlu dimanipulasi semasa memasukan rod permanian beradas.

Beberapa fungsi penting servik iaitu:

a) Otot bergelang yang kuat bertindak menutup pembukaan uterus.

b) Melindungi kandungan uterus.

c) Menyediakan persekitaran yang sesuai untuk sperma hidup.

d) Menghasilkan rembesan pekat yang bertindak sebagai penghalang kemasukan bakteria atau benda asing ke uterus ketika bunting.

e) Rembesan pekat tersebut akan bertukar menjadi lebih cair untuk membantu

f) sperma bergerak merentasi uterus.

g) Servik yang keras menjadi panduan ketika melakukan masukan permanian beradas.

h) Membantu menolak fetus semasa kelahiran.

d) Uterus

Uterus terbahagi kepada badan dan dua tanduk. Ia dipegang oleh ’broad ligament’ yang

membolehkannya berada tetap di dalam ruang pelvik. Badan uterus bersambung terus pada servik. Unjuran badan uterus bersambungan dengan dua tanduk uterus iaitu kanan dan kiri. Ia menjadi lokasi pelepasan semen dalam permanian beradas.

Fungsi-fungsi uterus:-

• Membantu menolak fetus semasa proses kelahiran.

• Sebagai tempat penempelan embrio yang telah disenyawakan.

• Melindungi dan membekalkan makanan kepada fetus melalui kotiledon.

e) Oviduct

Salur yang berpusar dan melengkung, panjang adalah 20-25cm dan diameter 0.1-0.2cm. Ia menyambungkan tanduk uterus kepada ovari.Dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu infandibulum, ampulla dan isthmus. Infandibulum berbentuk seperti mangkuk mempunyai struktur seperti jejari yang dipanggil fambria dan berfungsi untuk menangkap dan menghantar ovum ke ampulla. Persenyawaan berlaku di ampulla. Selepas persenyawaan, ovum akan diangkut ke uterus dalam tempoh 3-4 hari.

f) Ovari

Ovari merupakan organ seks primer bagi betina.Bagi lembu tenusu, setiap ovari mempunyai panjang sekitar 3-4cm dan diameter 1-2cm.Kedua-dua ovari disokong oleh ‘broad ligament’.Fungsi ovari ialah menghasilkan ovum dan hormon yang terlibat dalam regulasi kitaran estrus.Gambar 4: Ovari, benjolan berwarna merah pada permukaanya adalah folikel.Walaupun ovari mengandungi ovum yang banyak, namun cuma satu ovum akan di keluarkan melalui proses ovulasi iaitu sekali dalam setiap kitaran testrus. Sekiranya lebih dari satu ovum dihasilkan dalam satu masa ia akan menghasilkan fetus kembar. Namun demikian kembar dalam penternakan lembu adalah tidak digalakan kerana kemungkinan terjadinya ’freemartinism’. Superovulasi boleh berlaku apabila lembu disuntik menggunakan hormon seperti ’pregnant mare’s serum gonadotropin (PMSG) atau follicle stimulating hormon (FSH). Ia berguna sekiranya kita melakukan ‘embryo transfer’.Pembentukan ovum akan membentuk struktur seperti benjolan kecil pada permukaan ovari.Benjolan ini dikenali sebagai folikel dan boleh dirasai melalui sentuhan ketika melakukan ’rectal palpation’.Apabila ovulasi berlaku, dinding folikel akan pecah dan ovum dibebaskan keluar. Folikel tanpa ovum berkembang menjadi korpus luteum (corpus luteum). Sekiranya persenyawaan berlaku, embrio akan menghalang penghasilan hormon prostaglandin, maka tiada pemusnahan korpus luteum. Sebaliknya jika persenyawaan tidak berlaku, uterus akan mengeluarkan hormon prostaglandin untuk pemusnahan korpus luteum.Perkembangan folikel dan korpus luteum sebenarnya dikawal oleh hormon estrogen dan progesteron. Estrogen dirembeskan oleh dinding folikel. Peningkatan hormon estrogen dalam badan akan mempengaruhi perlakuan ternakan, lebih banyak rembesan cecair dihasilkan oleh vagina, uterus dan servik.Hormon estrogen yang tinggi di dalam badan akan memberi isyarat kepada kelenjar hipothalamus untuk menghasilkan ’gonadotropin-releasing hormone’ yang akan merangsang kelenjar pituitari untuk merembeskan hormon ’follicle-stimulating hormone’ (FSH) dan ’luteinizing hormone’ (LH).Kedua-dua hormon ini bertanggungjawab dalam proses ovulasi. Siri tindakan hormon-hormon ini akan menyebabkan ternakan mengalami estrus, dan ketika ini ia boleh dibiakan. Korpus luteum yang terbentuk selepas proses ovulasi berlaku akan menghasilkankan hormon progesteron yang diperlukan untuk menyediakan dinding uterus untuk penempelan dan penerimaan embrio. Kehadiran progesteron akan memastikan kitaran estrus tidak berlaku sehingga kelahiran.Selain daripada itu, korpus luteum juga menghasilkankan hormon relaxin. Hormon ini dihasilkan semasa proses kelahiran, ia merehatkan otot servik dan ligamen suspensori agar fetus lahir dengan mudah. Suntikan oksitosin untuk merangsang kelahiran adalah tidak digalakan kerana ia boleh menyebabkan kerosakan pada uterus.Perubahan pada organ pembiakan betina semasa bunting.Perubahan ketara pada ovari, uterus dan servik berlaku ketika bunting.Kehadiran korpus luteum ketika bunting menghalang pembentukan folikel. Maka tiada benjolan folikel pada permukaan ovari. Manakala uterus mula membesar sebaik sahaja penempelan embrio berlaku. Pada ketika ini saluran servik akan dipenuhi dengan mukus yang pekat bagi melindungi fetus deripada ancaman jangkitan.Dinding vagina dan vulva kering dan agak pucat kerana kurang hormon estrogen.Apabila embrio membesar, kedudukan bahagian tanduk uterus yang bunting akan terturun ke bawah, dalam ruang abdomen. Keadaan ini sedikit menyukarkan ’rectal palpation’ kerana kedudukan fetus yang jauh kedalam. Proses kelahiran dibahagikan kepada tiga

peringkat iaitu:

1. Persediaan & pemecahan ’water bag’

2. Kelahiran anak

3. Pengeluaran uri (placenta) (Rujuk rajah 2f)

Seperkara yang patut di fahami ialah pelekatan plasenta di dalam uterus adalah melibatkan pelekatan antara kotiledon (pada fetus) dan karunkel (pada uterus induk). Semasa bunting, dua struktur ini akan bertaut rapat. Setelah anak lembu dilahirkan, uri (placenta) akan kehilangan sumber nutrien kerana darah tidak lagi dibekalkan ke kotiledon-kurankel. Pengurangan hormon progesteron akan menyebabkan pelekatan kotiledon-kurankel menjadi longgar dan akhirnya terpisah. Hormon prostaglandin yang dihasilkan oleh uterus dan oksitosin untuk penyusuan akan merangsang kontraksi dinding uterus dan membawa kepada ekpulsi (pengeluaran) uri keluar.Kegagalan pemisahan kotiledon-kurankel akan menyebabakan uri tetap berada di dalam uterus.

Keadaan ini dipanggil lekat uri (retained placenta).Selepas kelahiran, uterus memerlukan 30-40 hari untuk kembali kepada saiz dan keadaan normal.Dalam tempoh penyembuhan ini, sekiranya terdapat pengeluaran sedikit cecair ia adalah perkara biasa , tetapi sekiranya cecair tersebut mengandungi nanah, perhatian perlu diberikan

kerana kemungkinan jangkitan telah berlaku.

Sistem pembiakan bukan ruminan

1) Sistem pembiakan ayam jantan

(Rujuk Rajah 3a)

2) Sistem pembiakan ayam betina

Pertumbuhan embrio ayam berlaku di dalam telur ayam.Ini berbeza dengan haiwan mamalia di mana perkembangan embrionya berlaku di dalam badan haiwan itu sendiri.apabila ovum yang terkandung di dalam folikel matang, folikel itu akan pecah.Proses perpecahan folikel berlaku secara spontan pada ayam, itik dan angsa.Proses ini berlaku setiap 24 jam.apabila folikel pecah, ovum masuk kebahagian abdomen dan seterusnya infundibulum seperti yang ditunjukkan di dalam gambarajah.Sel ovum kemudiannya disenyawakan oleh sperma haiwan jantan yang telah ditumpukan pada faraj haiwan betina.Proses segmentasi bermula dan telur ayam terbentuk dari masa ke semasa.

Telur ayam terdiri daripada cangkerang, membran kulit, albumen dan kuning telur.Lapisan luar membaran kulit telur adalah tebal manakala lapisan dalamnya yang nipis berdekatan dengan bahagian albumen.Ruang udara yang dikandungi oleh lapisan-lapisan tersebut terletak di bahagian telur yang manjal.Udara masuk ke ruang tersebut setelah telur itu keluar dari ayam betina.Kuning telur dan albumen terdiri daripada bahan-bahan organik dan tak organik.Dalam erti kata yang sebenarnya, testis haiwan-haiwan ternakan ialah glan atau kelenjar yang terletak di luar badan haiwan iaitu di dalam skrotum.(Rujuk Rajah 3b dan h 3c)

Pengawanan semulajadi

Pengawanan semulajadi atau in-vivo ialah pejantan dan betina induk dibiarkan bersama semasa tempoh estrus untuk menghasilkan kehamilan.Kaedah ini mempunyai beberapa kelebihan dan kelemahan

Kelebihan

1. Tidak memerlukan kepakaran manusia

2. Kepakaran manusia tidak diperliukan untuk menjalankan proses permanian kerana pejantan dan betina akan melakukannya sendiri

3. Penternak tidak perlu mengesan estrus

4. Penternak tidak perlu mengesan estrus untuk menentukan masa yang sesuai melakukan pengawanan semulajadi.pejantan akan mengesan lembu betina yang estrus dan terus menjalankan pengwanan semuala jadi.

Kelemahan

1. Baka pejantan terpilih susah ditentukan

Baka pejantan terpilih susah ditentukan kerana pengawanan semulajdai boleh berlaku tanpa pengawasan penternak, baka pejantan terpilih yang dikehendaki adalah sukar untuk ditentukan.

2. Kadar pejantan dengan betina terhad

Kemampuan seekor pejantan untuk mengawan dengan betina adalah terhad mengikut factor masa.ini menyebbkan pejantan diperlukan dengan banyak jika bilangan betina adalah banyak

3. Boleh menimbulkan kerakusan pejantan yang menyebabkan kecederaan betina

Pengawanan semulajadi boleh menjadikan pejantan perakus dan mengakibatkan kecederaan kepada induk betina

4. Seekor pejantan hanya dapat melakukan proses permanian pada seekor betina pada satu masa

Proses permanian yang dapat dilakukan olehseekor pejantan pada satu masa hanya terhad kepada seekor betina.jika bilangan betina banyak, proses permanian secara semulajadi memerlukan masa yang panjang

5. Data pembiakan sukar ditentukan

Oleh kerana pejantan bebas bergaul dengan induk betina pengawanan semula jadi berlaku dengan bebas dan data pembiakan sukar ditentukan

6. Penghasilan baka baru memerlukan kos tinggi terutama melibatkan baka luar negeri

Kos yang diperlukan lebih tinggi untuk menghasilkan baka baru terutama yang melibatkan baka luar negeri.penternak perlu menanggung kos untuk membeli, membawa dan menyelenggara baka jantan import

Permanian berhadas

Permanian beradas adalah satu cara buatan untuk mengahwinkan ternakan di mana benih ternakan jantan (air mani) dimasukkan ke dalam alat kelamin ternak betina dengan menggunakan alat-alat tertentu.Dengan membiakkan ternakan melalui permainan beradas boleh cepat dan pesat membesar, lebih menghasilkan daging, lebih banyak mengeluarkan susu.Antara kebaikan permanian berhadas ialah:

1. melahirkan anak yang lebih baik dari induknya, iaitu yang memperluaskan penggunaan benih lembu pejantan baka yang bermutu tinggi.

2. menjimatkan masa, tenaga dan wang penternak kerana tidak perlu memelihara lembu pejantan.

3. mencegah daripada jangkitan penyakit kelamin.

Tanda-tanda biang

Ternak betina hanya boleh dipermanikan apabila ia menunjukkan tandatanda biang atau mahu mengawan.Tanda utama lembu betina mahu mengawan ialah apabila ia rela dipanjat oleh lembu-lembu lain, lain-lain tanda adalah:

1. berkelakuan luar biasa dan resah menggelisah

2. sentiasa melenguh-lenguh

3. kemaluannya lembab, kemerahan, bengkak dan mengeluarkan lendir

4. kadangkala selera makan dan pengeluaran susunya berkurangan.

Jangka masa berahi

Jangka masa berahi ini wujud hanya selama 24 jam. Oleh itu, sebagai panduan kasar jika tanda dilihat pada sebelah pagi permanian dibuat di petang hari itu juga dan jika tanda tersebut dilihat pada sebelah petang permanian akan dilakukan pada awal pagi esoknya. Jangkamasa berahi ini wujud selama 24 jam sahaja. Oleh itu sebagai panduan kasar, apabila tanda-tanda berahi dilihat di sebelah pagi, lembu hendaklah dipermanikan di sebelah petang hari itu juga. Jika tanda-tanda tersebut dikesan di sebelah petang permanian akan dilakukan pada awal pagi keesokkan harinya. Lembu yang sihat dan tidak bunting akan datang biang tiap-tiap lebih kurang 21 hari. Dengan penjagaan yang sempurna anak-anak lembu akan bersedia untuk dibiakkan apabila berumur antara 15-18 bulan. Setelah lembu dipermanikan anda diminta memastikan yang ternakan anda tidak dilepaskan untuk meragut dengan lembu lain. Ini adalah bagi memastikan yang lembu jantan yang ada di kawasan anda tidak dapat mengahwini lembu yang telah dipermanikan dan menyebabkan keguguran berlaku. Setelah tiga minggu anda hendaklah melihat tanda-tanda berahi semula kerana jika ternakan anda tidak bunting tanda-tanda tersebut akan berulang. Pastikan ternakan diperiksa setelah tiga bulan bagi menentukan samada ternakan anda bunting atau tidak.

Jika ternakan bunting keringkan ternakan dari mengeluarkan susu enam ke lapan minggu sebelum beranak. Jika ianya tidak bunting lihatlah akan tanda-tanda berahi. Susu boleh mula diperah setelah lembu melahirkan, tetapi dalam masa empat kelima hari pertama, susu tersebut tidak sesuai untuk diminum oleh manusia. Hanya selepas lima ke enam hari sahaja barulah susu tulen dapat diperolehi.

Langkah penyediaan semen untuk permandian berhadas

1) Mengumpul

a) Mengurut

Pengumpul semen perlu memasukkan tangan ke dalam usus hujung dan mengurut pundi sperma sehingga ejakulasi berlaku.Kaedah ini perlu mengambil masa yang lama dan kadangkala semen yang dipancutkan akan dicemari dengan air kencing.

b) Menggunakan faraj palsu

Faraj palsu terdiri daripada silinder getah keras yang mempunyai ukuran 35 – 40 cm.Bahagian dalamnya disaluti dengan lapisan getah lembut dan dihujungnya telah disediakan dengan silinder pengumpul.Faraj palsu perlu dipam dengan angin sehingga saiznya dapat disesuikan dengan zakar pejantan.Air suam yang bersuhu 42oC-45oC diisikan supaya ia dapat menyamai suhu dalam faraj.

c) Diagnos mutu semen

Tujuannya adalah untuk membuat pemeriksaan status kualiti mutu semen dan mengira peratus sperma hidup

2) Mengendali

3) Memeriksa

Semen yang telah diambil daripada pejantan perlulah diperiksa di mana ia mestilah mengandungi sperma sebanyak 115.6 juta dan tidak kurang bagi setiap 1 ml.Kemudian semen perlulah dicairkan dengan bahan khas supaya setiap straw semen terisi sebanyak 0.25 ml atau 0.5 ml yang mengandungi 23 juta sperma.Alat yang digunakan untuk menyukat semen ialah hemositometer.

4) Mencairkan

Semen yang telah dikumpul hendaklah dicairkan sebelum disimpan atau disuntik pada haiwan betina.Tujuan mencairkan semen ialah untuk mendapatkan isipadu semen dalam jumlah yang banyak.Selepas semen dicairkan dalam kuantiti yang banyak daripada seekor pejantan ia akan dapat disuntik kepada induk betina yang lebih banyak.

Bahan yang digunakan untuk mencaikan semen:

a) Pencair sitrat kuning telur

b) Pencair posfat kuning telur

c) Santan kelapa

d) Susu segar

5) Menyimpan

a) Mengisi semen ke dalam straw

Semen yang diperolehi daripada pejantan boleh diisi ke dalam straw sama ada dengan menggunakan kaedah manual, semiautomatik dan automatik.Straw yang telah diisi dengan semen hendaklah dicetakkan atau dilabelkan dengan nama pejantan, kod pejantan, tarikh pengeluaran, nama pusat pengeluar dan baka pejantan.Setelah itu semen yang telah siap diisi ke dalam straw dan dilabelkan, semen itu hendaklah dimasukkan ke dalam blok aluminium dan direndam di dalam cecair nitrogen yang bersuhu 120o C selama sembilan minit.Apabila semen telah membeku, semen itu hendaklah dikeluarkan dan disimpan di dalam tangki nitrogen yang bersuhu -196o C

6) Menyuntik

Penyuntikan semen ialah kaedah yang digunakan untuk memasukkan semen ke dalam serviks.Beberapa perkara perlu dilakukan sebelum memulakan menyuntik semen.Antara ialah:

a) Memilih induk betina

Mengenalpasti induk betida yang mengalami estrus dan kemudiannya induk betina itu akan dipasung terlebih dahulu.

b) Nyahbeku semen

Semen yang telah beku hendahlah dicairkan terlebih dahulu dengan mengeluarkan semen yang telah disejukbeku daripada tangki cecair nitrogen dan dibiarkan cair di dalam straw.Di dalam proses ini semen yang telah beku akan direndam di dalam air suam yang bersuhu 35o celcius dan apabila semen ini telah cair semen ini akan dimasukkan ke dalam pistolette.

c) Suntik semen ke dalam serviks

· Tangan kiri dimasukkan ke dalam dubur lembu betina sehinggalah kedudukan serviks dapat dikesan.

· Kedudukan uterus dan tanduk uterus hendaklah dirasa apabila kedudukan serviks telah dikenalpasti.

· Bersihkan bibir faraj

· Pistolette dimasukkan ke dalam faraj dengaan menggunakan tangan kanan pada kedudukan 30o sehingga pistolette terkena pada serviks.

Kepentingan Permanian Beradas

1. Permanian beradas merupakan cara yang paling cepat untuk meningkatkan mutu ternakan (genetik) negara ini dengan menggunakan baka yang terbaik. Benih ternakan atau semen yang digunakan telah melalui pemeriksaan dan kawalan mutu

2. Benih ternakan yang digunakan telah dipilih daripada baka yang melalui ujian progeny dan kesuburan yang baik serta mempunyai nilai yang baik dari segi ekonomi

3. Baka-baka yang terbaik dari serata dunia dapat di bawa masuk ke negara ini dengan mudah. Pemilihan baka adalah sangat luas dan tidak terbatas.

4. Satu sistem yang paling ekonomik di mana penternak kecil boleh mendapat baka yang terbaik dengan kos yang rendah.

5. Pembiakan dapat dijalankan untuk membentuk baka baru secara kacukan yang lebih sesuai dan adaptasi dengan iklim di Malaysia

6. Permanian beradas berkesan dalam mencegah jangkitan penyakit kelamin seperti brusellosis,leptospirosis dan lain-lain yang menyebabkan keguguran janin dan boleh berjangkit kepada manusia (zoonosis).

7. Mutu ternakan dapat dikawal dengan mengelakkan penggunakan baka yang kurang baik, mengatasi pembiakan dalaman (inbreeding) atau sebakaan.

Tiada ulasan: