Penggredan

Pembersihan

Toksin adalah punca segala penyakit. Toksin yang terkumpul di dalam tubuh hasil dari rokok, ubat-ubatan moden, alkohol, pencemaran alam sekitar dan bahan makanan yang menggunakan baja kimia, racun serangga, bahan awet dan sebagainya menyebabkan kehadiran penyakit-penyakit kronik hari ini. Kehadiran toksid inilah yang menyebabkan gejala seperti mudah letih, mengantuk, sembelit, darah tinggi, gula dalam darah, serangan jantung, sakit-sakit sendi, kegemuruhan, kebimbangan, cepat marah, kegagalan buah pinggang.
Oleh demikian bagi merawat punca penyakit ialah penyingkiran toksin dari hasil pertanian perlu dilakukan. Salah satu cara yang terbaik ialah dengan pembersihan hasil pertanian dari ladang lagi. Hasil yang baru dipetik sudah tentulah terdapat kesan-kesan bahan kimia yang masih melekat pada hasil tersebut. Bahan kimia yang biasa digunakan oleh petani untuk mengawal hasil mereka dari serangan serangga perosak sebenarnya boleh mendatangkan kesan kepada manusia jika termakannya. Ia adalah salah satu punca penyakit pada masa kini.
Langkah awal untuk mengawal kejadian yang tidak diingini ini ialah dengan melakukan proses pembersihan hasil pertanian dari dalam ladang lagi. Hasil pertanian yang baru dipungut eloklah dibersihkan dari awal lagi. Pembersihan pada peringkat awal ini amat lah penting untuk mengawal bahan kimia tersebut dari terkena kepada bahan – bahan lain. Bahan – bahan yang telah terkena bahan kimia boleh mendatangkan kemudaratan kepada sesiapa yang memakannya. Jd untuk mengelakkan perkara itu terjadi, hasil dari ladang perlu di bersihkan dahulu sebelm di bawa keluar untuk di hantar kepada pihak pembekal.



Mengapa hasil pertanian perlu dibersihkan?
 Kesedaran perlu untuk menghasilkan makanan yang selamat
 Mengurangkan risiko menghasilkan makanan yang tercemar
 Mengelakkan infestasi haiwan perosak
 Menarik perhatian pelanggan
 Mengelakkan keracunan makanan
 Mengelakkan kerugian
 Mengelakkan kehilangan pelanggan dan keuntungan
 Mengelakkan pengeluaran dan keefisienan pekerja yang rendah

Undang-undang dan kebersihan produk
Kerajaan telah mengeluarkan akta keselamatan produk untuk makanan (Peraturan Makanan 1985) bagi memastikan semua makanan yang dijual dan dihasilkan adalah selamat untuk dimakan. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab pihak berkuasa yang berkenaan untuk memastikan semua peraturan dalam akta ini diikuti.

Kaedah pembersihan dan rawatan:
Terdapat dua kaedah pembersihan hasil ladang. Pembersihan dengan kaedah basah dan kaedah dengan pembersihan kering. Kaedah basah adalah kaedah yang menggunakan air manakala kaedah pembersihan tanpa mengunakan air iaitu dengan membersihkan dan mengelap sahaja hasil ladang. Berikut adalah mengapa petani harus membersihkan hasil ladang.

 Basuhan untuk menghilangkan kotoran ladang
 Bilasan dengan air bersih.
 Siraman dengan air campuran klorin (gred makanan) – 150 ppm
 Menurunkan suhu sayuran



1. Basuhan untuk menghilangkan kotoran ladang
Basuhan untuk menghilangkan kotoran ladang ini dilakukan adalah bertujuan untuk menghilangkan sisa kotoran ladang seperti tanah, rumput-rumput kering dan sebagainya dari melekat pada hasil ladang yang baru dipungut. Basuhan ini amat penting kerana ia akan memisahkan sisa-sisa ladang dari hasil yang diperolehi. Sisa ladang perlu diasingkan kerana ia boleh menjatuhkan gred hasil ladang. Contohnya tanah yang melekat pada sayuran. Pihak pembeli akan menolak dari membeli hasil ladang yang diselaputi tanah-tanah yang mencacatkan pandangan.ia perlu dibersihkan sebelum dijual.

2. Bilasan dengan air bersih
Bilasan dengan air bersih akan memberi kelebihan terhadap hasil ladang. Apabila hasil ladang dibilas dengan air bersih, ia akan memperlihatkan kebersihan serta kesegaran hasil. Ia juga akan menyegarkan hasil tersebut. Apabila hasil tersebut kelihatan bersih, sudah tentulah nilai hasil tersebut boleh meningkat ke paras maksimum.

3. Siraman dengan air campuran klorin
Siraman dengan air yang telah dicampur dengan klorin ini adalah bertujuan untuk mengekalkan kesegaran terhadap hasil pertanian yang telah dipungut. Ia juga bertujuan untuk menjauhkan hasil tersebut dari dihinggapi serangga-serangga yang boleh menurunkan gred hasil tersebut.

4. Menurunkan suhu sayuran
Dengan membersihkan hasil sayuran dari ladang, bukanlah semata-mata untuk mengasingkan sisa ladang dengan hasil ia sebenarnya boleh menurunkan suhu sayuran tersebut. Sayuran yang terdedah pada pancaran matahari di ladang boleh menjatuhkan gred sayuran tersebut akibat ia cepat rosak. Dengan membersihkan
sayuran, suhu sayuran boleh dikurangkan seterusnya menjadikan sayuran itu kelihatan lebih segar.

Tujuan pembersihan :
Membasuhkan hasil pertanian dari kekotoran.
Hasil pertanian yang baru dipungut sudah tentulah terdapat kekotoran padanya. Kotoran seperti tanah yang melekat, rumpai-rumpai, daun-daun tua yang telah layu dan sebagainya. Dengan membersihkan hasil tersebut, semua itu dapat dipisahkan dari hasil yang diperolehi. Pemisahan ini adalah bertujuan untuk membuatkan hasil tersebut tahan lebih lama selain ia kelihatan lebih cantik dan bersih.

Membersih dari sisa sisa racun.
Tujuan pembersihan hasil juga adalah membersihkan hasil tersebut dari sisa-sisa racun atau bahan kikia lain seperti baja. Sisa bahan kimia ini perlu dibersihkan untuk menjaga kualiti hasil tersebut. Bahan kimia yang tidak dibersihkan boleh menyebabkan kemudaratan kepada pengguna. Bahan kimia yang melekat juga akan merosakkan hasil tersebut. Kawalan bahan kimia amat penting supaya kualiti hasil dapat diberikan kepada pengguna dengan selamat.

Hasil yang telah di basuh dikeringkan air di atas rak.
Hasil yang telah dibersihkan haruslah diletakkan diatas sesuatu yang boleh mengeringkannya. Air basuhan perlu dikeringkan dari hasil tersebut. Air basuhan sebenarnya boleh menyebabkan kualiti hasil tersebut terjejas. Apa benda sekali pun akan mudah rosak sekiranya ia dibungkus dalam keadaan basah dan lembab.
Penggredan

Untuk memperolehi pulangan pendapatan yang paling maksimum, penggredan hasil ladang perlu dilakukan. Yang diperolehi haruslah menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh pengguna. Hasil pertanian yang digred boleh memberi pulangan kepada petani. Penggredan hasil pertanian berbeza-beza mengikut jenis hasil tersebut. Pada kebiasaan nya hasil pertanian boleh digredkan mengikut saiz, berat, warna, kandungan kelembapan, kandungan benda asing dan peratus kerosakan atau peratus kematangan hasil tersebut. Kerja-kerja penggredan dan pembungkusan diwajibkan kepada para petani sebagai usaha meningkatkan kualiti hasil sayur-sayuran dan mengelakkan berlaku kerugian.

Penggredan boleh dilakukan semasa berada diladang lagi, dengan tujuan memilih hasil yang baik dan memenuhi syarat, buah yang diharapkan adalah yang memiliki ciri seperti berikut:
 Tidak cacat, permukaan kulit harus sempurna tanpa bintik.
 Cukup tua tapi belum matang.
 Ukuran hasil adalah seragam
 Bentuk buah atau hasil yang seragam dan sekata.

Pengesahan gred buah untuk tujuan eksport amat perlu dilakukan. Jabatan Pertanian telah mewujudkan satu badan khas untuk kerja-kerja berkaitan pengekportan buah-buahan ke luar negara. Terdapat beberapa peraturan yang telah ditetapkan. Antara peraturan-peraturan yang terlibat :-

Peraturan-Peraturan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Pelesenan Pengeksportan Buah-Buahan), 1990



Keperluan peraturan penggredan
Semua buah yang hendak dieksport, hendaklah digred mengikut spesifikasi yang ditentukan oleh FAMA.
FAMA akan mengesahkan penggredan buah-buahan tersebut sebelum dibenarkan untuk dieksport. Sijil gred akan dikeluarkan.

Ciri-ciri penggredan buah-buahan yang telah ditetapkan oleh FAMA
Penggredan Pisang

Spesifikasi Pengelasan Saiz
Bagi Belimbing, saiz ditentukan oleh berat dalam unit gram seperti jadual berikut

KELAS SAIZ KOD BERAT (gram)
Besar L 181 - 200
Sedang M 141 - 180
Kecil S 100 - 141

Penggredan Mangga

Spesifikasi Pengelasan Saiz
Bagi Mangga, saiz ditentukan oleh berat dalam unit gram seperti jadual berikut

KELAS SAIZ KOD Panjang Jejari (cm)
Mas Rastali Berangan
Besar L 8.6 - 10 9.6 - 11 >12.5
Sedang M 8.5 - 9.9 9.5 - 10.9 11.5 - 12.4
Kecil S 6.5 - 8.4 8.5 - 9.4 10.5 - 11.4











Penggredan Betik

Spesifikasi Pengelasan Saiz
Bagi Betik, saiz ditentukan oleh berat dalam unit gram seperti jadual berikut

KELAS SAIZ Kod BERAT (gm)
Sekaki Eksotika Solo
Besar L >1,600 >650 >650
Sedang M 1,200-1,599 451-650 451-650
Kecil S 800-1,199 250-450 250-450

Penggredan Nanas

Spesifikasi Pengelasan Saiz
Bagi Nanas, saiz ditentukan oleh berat dalam unit gram seperti jadual berikut

KELAS SAIZ KOD BERAT (gram)
Mauritius Josapine Gandol N 36 Sarawak
Besar L > 1.5 > 1.3 > 1.5 > 2.0 > 2.0
Sedang M 1.0 - 1.49 1.0 - 1.3 1.0 - 1.5 1.5- 2.0 1.5 - 2.0
Kecil S < 1.0 < 1.0 < 1.5 < 1.5 < 1.5

Hasil pertanian yang telah digredkan dari ladang lagi akan memberi pulangan hasil yang terbaik buat petani.











PENYISIHAN

Penyisihan adalah suatu proses dimana hasil ladang yang tidak memenuhi syarat-syarat permintaan di asingkan dari hasil ladang yang baik. Penyisihan ini bukan bermakna membuang begitu sahaja hasil pertanian itu. Hasil pertanian yang telah diasingkan sebenarnya masih boleh digunakan. Cuma ia kurang memenuhi syarat permintaan. Sebagai contohnya buah tomato yang telah terlalu matang.buah tomato itu terpaksa diasingkan oleh pembeli kerana untuk diedarkan kepada pelanggan ia akan memakan masa beberapa hari lagi. Jadi apabila sampai ke tangan pelanggan ia telah terlalu matang. Kualiti buah akan mudah jatuh. Ia amat kurang digemari pelanggan.
Untuk mengelakkan masalah tersebut daripada berlaku, kerja penyisihan hasil dilakukan diperingkat ladang lagi. Ia akan di nilai dari tahap kematangan, saiz, berat dan sebagainya. Biasanya kerja ini dilakukan secara manual.
Hasil yang telah dipilih atau yang telah diasingkan akan dipasarkan juga. Kerja penyisihan ini bukan untuk membuang hasil pertanian. Namun jika hasil itu mengalami kerosakan yang terlalu teruk ia akan dilupuskan. Sebolehnya, petani tidak mahu hasil pertanian dilupuskan begitu sahaja kerana ia akan merugikan kos. Untuk mengelakkan kerugian kerana masalah seperti ini. Kerja penyisihan hasil ladang perlu dilakukan di ladang lagi. Hasil yang telah dipilih kerana kualitinya tidak memenuhi permintaan pelanggan boleh dilakukan produk-produk yang lain dan ia boleh memberi pulangan kepada petani.









Produk-produk yang boleh dihasilkan dari hasil yang telah diasingkan

Produk ’down stream’
Pada masa kini, petani lebih banyak menghasil tanaman dengan tujuan untuk dipasarkan dan dijadikan bahan untuk dijadikan produk-produk boleh guna lain ataupun ’down stream’. Kini hanya sebahagian sahaja hasil ladang dijual dipasaran segar. Penyisihan hasil ladang sebenarnya menjadi asas akan perkara ini. Hasil ladang tersebut akan di asingkan dan dijual untuk keperluan bidang lain. Contoh produk ’down stream’ adalah seperti sos. Buah tomato dan cili dijadikan produk pembuatan lain. Produk down stream ini sebenarnya banyak membantu petani untuk mengedarkan hasil ladang di samping membantu petani memasarkan hasil ladang yang kurang menepati ciri-ciri yang dikehendaki pelanggan. Ia juga membantu petani meningkatkan pengeluaran hasil ladang. Petani boleh menaman sayuran secara maksimum. Disamping untuk dipasarkan untuk memenuhi permintaan pelanggan, ia juga boleh dipasarkan untuk kegunaan bidang pemprosesan makanan. Dengan ini petani boleh memaksimumkan pendapatan mereka. Masalah hasil pertanian tidak dapat dipasarkan tidak perlu dihiraukan lagi. Hasil pertanian sama ada yang menepati kualiti atau kurang berkualiti masih boleh dipasarkan.

Pasaran Segar
Hasil ladang yang telah diasingkan kerana kualiti yang dikehendaki kurang menepati permintaan pelanggan boleh dijual dipasaran segar. Pasar ini terus menjual hasil kepada pelanggan. Contoh pasar yang biasa kita dengar adalah seperti pasar pagi, pasar malam, dan sebagainya. Dengan menjual di pasar segar ini petani boleh menjual terus hasil ladangnya. Dengan ini, petani boleh mendapatkan wang dengan cara yang lebih cepat. Dengan menjual dipasaran segar,petani berpeluang bertemu pelanggan, dengan ini, ia boleh mendapatkan pandangan pelanggan mengenai apa yang diinginkan. Ini boleh membantu mereka meningkatkan pendapatan.

Kesimpulan

Pembersihan, penggredan dan penyisihan adalah suatu perkara yang amat penting bagi seseorang petani untuk mengendalikan sesuatu yang dinamakan pengendalian lepas tuai hasil pertanian. Kejayaan mengendalikan hasil pertanian lepas tuai akan boleh memberi pulangan yang baik kepada petani. Kemerosotan pendapatan juga boleh terjadi sekiranya petani gagal mengendalikan lepas tuai ini dengan baik.
Amalan pengendalian lepas tuai yang baik bukan sahaja bertujuan untuk membaiki mutu tetapi juga untuk memastikan supaya mutu asal hasil pertanian semasa dipetik dikekalkan. Matlamat pengutipan hasil adalah untuk mengumpul komoditi di ladang pada tahap kematangan yang sesuai dengan secepat mungkin supaya kerosakan dan kehilangan dapat dikurangkan.
Untuk mendapatkan pulangan yang paling maksimum petani harus mementingkan pengendalian lepas tuai. Ini adalah kerana kegagalan menguruskan pengendalian lepas tuai hasil tanaman boleh merendahkan gred hasil pertanian yang diusahakan. Pengetahuan dalam langkah ini tidak harus dipandang rendah oleh petani. Sedikit kesilapan dalam langkah ini boleh menyebabkan kerugian kepada petani.
Pengetahuan dalam bidang pengendalian hasil ladang ini boleh membantu petani tidak merugikan walaupun sedikit hasil ladang mereka. Hasil ladang yang telah dikeluarkan seharusnya boleh dipasarkan secara segar atau dijadikan bahan untuk kegunaan produk lain. Di sini masalah kerugian hasil ladang tidak dapat diedarkan tidak sepatutnya timbul. Banyak peluang dan ruang yang ada untuk memasarkan hasil ladang. Cuma petani harus tahu jalan serta langkah yang sesuai kemana hasil ladang mereka perlu disalurkan.
Diharap dengan buku sumber ini dapat membantu petani memaksimakan hasil pendapatan mereka serta mengelakkan daripada berlaku kerugian akibat kecuaian atau tidak mengetahui cara untuk mengendalikan hasil ertanian lepas tuai.

Tiada ulasan: