AGROTEKNOLOGI: KERJAYA DALAM AGROTEKNOLOGI

Abstrak

Sumber pengajaran ini dihasilkan khas untuk guru- guru Sains Pertanian dan pengajian agroteknologi Tingkatan 4 sebagai suatu rujukan dan panduan dalam tajuk pengajaran “kerjaya dalam Agroteknologi” yang terkandung dalam Pengajian agroteknologi Tingkatan 4 bagi Sekolah Menengah Teknikal dan vokasional. Dengan adanya sumber ini, guru- guru dapat memberi pendedahan dan pengenalan kepada pelajarnya tentang aspek peluang melanjutkan pelajaran, motivasi kepada pelajar dan maklumat serta peluang berjaya yang sedia ada dalam bidang agroteknologi.

Maklumat lanjut tentang setiap aspek dapat mencungkil minat dan rasa ingin tahu pelajar tentang apa yang lebih menarik dalam menceburi bidang agroteknologi. Disertai juga kursus- kursus yang relevan dalam melanjutkan pelajaran dan cerita/ kisah kejayaan usahawan dalam agroteknologi bagi merangsangkan pemikiran pelajar dalam pemilihan bidang yang diminatinya. Cogan kata atau moto agroteknologi akan dapat membangkitkan semangat guru dan pelajar untuk terus berusaha dalam sektor pertanian demi kesejahteraan dan ketenteraman rakyat dan negara.

Sumber ini diakhiri dengan rujukan yang berguna kepada guru- guru supaya maklumat tambahan dapat diperolehi melalui laman web yang disenaraikan. Diharap sumber pengajaran yang direka ini dapat memanfaatkan pihak- pihak yang mengunakannya pada masa yang diperlukan. Semoga bidang agroteknologi terus menjadi pilihan pelajar dalam bidang berkenaan dan seterusnya menyumbang tenaga mereka dalam ekonomi negara pada masa akan datang

2
Objektif

Setelah tamat membaca sumber ini, guru- guru dapat:

1. Menyenaraikan kursus- kursus yanag relevan untuk pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke institusi tinggi seperti yang telah dibincangkan.

2. Mengenalpasti cerita dan kisah kejayaan usahawan yang dapat merangsangkan minat dan fikiran pelajar dalam menceburi kerjaya agroteknologi seperti yang telah disenaraikan.

3. Menyatakan laluan kerjaya yang sesuai diikuti dan diceburi berdasarkan minat dan potensi pelajar dengan betul.


3
Pengenalan

Sumber ini merupakan bahan rujukan kepada guru- guru Sains Pertanian dan Pengajaran Agroteknologi. Ia merangkumi panduan dalam pengenalan kepada peluang melanjutkan pelajaran pelajar berkaitan tentang kursus- kursus yang relevan dan sesuai dengan potensi dan minat pelajar yang ditawarkan oleh institusi awam dan swasta di Malaysia.

Sumber ini juga mengambil kesempatan dalam memberi motivasi dan semangat khasnya kepada pelajar supaya mendapat gambaran terhadap pengalaman daripada kisah kejayaan usahawan yang juga bergiat dan ada yang pernah menjadi pelajar dalam bidang agroteknologi di sekolah dulu. Guru- guru bolehlah menggunakan maklumat yang disenaraikan sebagai informasi yang perlu diketahui oleh pelajar dalam dunia agroteknologi yang semakin berkembang pada masa kini.

Pengenalan dan penglibatan usahawan dan orang ramai dalam laluan kerjaya yang luas dalam bidang agroteknologi juga terkandung dalam sumber ini. Ini memberi serba sedikit maklumat kepada guru- guru dalam pelbagai bidang kerjaya yang boleh diceburi dan dapat memberi nasihat untuk membantu pelajar memilih kerjaya yang sesuai untuknya pada masa akan datang.

4
Peluang melanjutkan pelajaran
(A) Kursus yang relevan dalam agroteknologi
1. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) (aplikasi dalam talian)
- Permohonan kemasukan pelajar ke Politeknik KPT sesi Julai 2008
- Permohonan kemasukan ke Institusi Kemahiran Belia Negara (IKBN) Chembong Rembau, Negeri
Sembilan, sesi julai 2008
- Permohonan kemasukan ke Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pedas, Negeri Sembilan mulai
Julai 2008
Konsep latihan di IKBN adalah berbentuk latihan bersepadu dengan pelaksanaan pendekatannya merangkumi latihan kemahiran (teori dan praktikal), keusahawanan, ketatanegaraan, kepimpinan, keagamaan/moral, sukan/rekreasi dan khidmat masyarakat.
http://mins.com.my/forum/index.php?topic=62.msg88
Sila layari laman web untuk mengetahui perkembangan semasa setelah permohonan dibuat.
http://www.mohe.gov.my

(B) Kursus yang ditawarkan oleh institusi/ universiti di Malaysia
1. Universiti Putra Malaysia (UPM) (Fakulti Sains Pertanian)
Program Akademik yang ditawarkan (sehingga April 2008)
1. Bacelor Sains Pertanian
2. Bacelor Sains Hortikultur
3. Bacelor Sains (Perniagaantani)
4. Bacelor Pertanian(Akuakultur)
5. Bacelor Pertanian (Sains Ternakan)
6. Program Pasca-Siswazah
Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.agri.upm.edu.my/akademik.htm

2. Universiti Putra Malaysia (UPM) (Fakulti Sains Pertanian dan Makanan)
Program pengajian yang ditawarkan di Fakulti Sains Pertanian dan Makanan terbahagi kepada dua jenis:
a) Prasiswazah
Senarai program prasiswazah yang ditawarkan:
• Diploma Pertanian
• Diploma Perikanan
• Diploma Kesihatan Haiwan & Peternakan
• Diploma Pengurusan Perladangan & Makanan
• Diploma Perhutanan
b) Pasca Siswazah
Penawaran program Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bidang berikut :
• Agronomi
• Entomologi
• Hortikultur
• Pengurusan Sumber Tanah
• Patologi Tumbuhan
• Perhutanan
• Pengurusan Taman dan Rekreasi
• Teknologi Industri Kayu
• Akuakultur
• Biologi Akuatik
• Ekologi dan Biologi Marin
• Produksi Haiwan
Anda juga boleh melayari laman web Sekolah Pengajian Siswazah untuk mendapatkan maklumat lanjut.Untuk pertanyaan, sila hubungi:
Dr. Muta Harah Binti Zakaria (Timbalan Dekan Akademik)
E-mel: drmuta@btu.upm.edu.my Tel: (6086)-855209

3. Universiti Putra Malaysia (UPM) (Fakulti Pengajian Alam Sekitar)
-- Program Sarjana Muda
- Bacelor Sains (Alam Sekitar)
- Bacelor Pengurusan Alam Sekitar
-- Program Siswazah
Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.env.upm.edu.my

4. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
-- (Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan)
FKP ditubuhkan bertujuan untuk mengembangkan ilmu keusahawanan dan perniagaan yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat dan negara, khususnya dalam pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
-- (Fakulti Agro Industri dan Sumber Asli)
Penubuhan fakulti ini adalah selari dengan Rancangan Malaysia ke 9, Dasar Pertanian Negara ke 2 dan 3 (DPN2: 1992 ? 2010) dan Dasar Bioteknologi Kebangsaan yang memberi fokus kepada pembangunan industri asas tani dengan tujuan untuk mengeksploitasikan bidang pertanian dalam menjanakan ekonomi negara. Pembangunan industri berasaskan pertanian menjadi keutamaan bagi menjayakan program keusahawanan. Dalam Dasar Bioteknologi Kebangsaan terdapat 9 teras yang kesemuanya dikaitkan dengan penjanaan industri dan pengkomersialan produk berasaskan pertanian serta peningkatan dalam penghasilan bahan makanan. FASA juga menimbang kepentingan sumber asli sebagai komponen penting dalam penjanaan ekonomi. Pengeksploitasian sumber asli secara lestari, di samping pengurusan sumber asli secara bijaksana diberi perhatian yang penting.

Pra Siswazah
Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Keusahawanan Teknologi Pertanian)
Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Sumber Asli)
Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Bioindustri)
Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Sains Penternakan)
Untuk maklumat lanjut, sila layari : http://www.umk.edu.my

5. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) (Fakulti Pendidikan)
-- Panduan akademik interatif mulai sesi 2007/2008 Fakulti Pendidikan, UTM
Sinopsis mata pelajaran Jab. Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan
- Agroteknologi
- Hortikultur hiasan
- Perdagangan dan Keusahawanan
- Asas Perdagangan
- Amalan Automotif: petrol dan diesel
- Teknologi Automotif
- Teknologi Pemprosesan Makanan I
- Teknologi Pemprosesan Makanan II
- Prinsip Pengeluaran Ternakan
- Pembiakan dan Pengurusan Tanaman
- Industri dan Pendidikan Teknikal & Vokasional (PTV)
- Asas Pneumatik & Hidraulik
- Rekabentuk Industri
- Rekabentuk Berbantukan Komputer
- Kaedah Mengajar PTV
- Organisasi Pengurusan Bengkel
- Keselamatan Bengkel
- Asas Pengurusan Inovasi & Pengeluaran Produk
- Asas Pemasaran
- Asas Elektrik & Elektronik
- Pengantar Pendidikan Teknikal dan Vokasional
- Reka Cipta
- Asas Reka Cipta
- Penilaian & Pengukuran dalam PTV
Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.fp.utm.my/bpa/bm/jptk/sinopsis.htm

6. Pusat Luar Universiti Malaysia Sabah (PLUMS)
-- Pengajian Pensiswazah & Pascasiswazah 2007- 2008-06-08
- Sekolah Sains dan Teknologi
- Teras Sekolah
- Program Bioteknologi
- Program Biologi Pemuliharaan
- Program Kimia Industri
- Program Sains Sekitaran
- Program Geologi
- Program Fizik dengan Elektronik
- Program Teknologi Tumbuhan
- Program Akuakultur
- Program Sains Marin
Dari laman web: http://www.ums.edu.my/appl/sek_img/plums/Sekolah%20Sains%20dan%20Teknologi.pdf

5
Laluan Kerjaya dalam Agroteknologi
1. Diploma Pertanian
- pembantu pertanian, pembantu penyelidik, pengrus ladang, pembantu pemasaran, pengurus dalam industri asas tani dan bekalan pertanian, usahawan tani
2. Diploma Kesihatan Haiwan dan Penternakan
- industri pemakanan ternakan, perladangan ternakan, kesihatan veterinar, institusi dan jab. Kerajaan, menjalankan perniagaan termasuk mengusahakan ladang ternakan sendiri, penyelidikan berkaitan haiwan (lanjut pelajaran dalam bidang Sains Haiwan di peringkat ijazah di luar negara)
3. Diploma Pengurusan Perladangan Makanan
- projek melibatkan pengeluaran tanaman makanan (TKPM), pengurus, usahawan, industri asas tani (pemasaran dan pemprosesan makanan)
4. Bacelor Sains Pertanian
- pengurus di sektor perladangan, pegawai pertanian, pengajar kolej dan sekolah, pegawai bank, pegawai penyelidikan, eksekutif di syarikat bekalan pertanian, usahawan pertanian.
5. Bacelor Sains Hortikultur
- usahawan nurseri, bunga- bungaan, sayuran dan pokok hiasan; pegawai pertanian, pegawai penyelidikan, pengajar kolej dan sekolah, eksekutif dalam syarikat swasta industri hortikultur
6. Bacelor Sains (Perniagaantani)
- usahawan tani yang berdaya saing di antarabangsa; bertugas di bahagian perancangan, pemprosesan, pemasaran & kawalan mutu barangan dalam sektor berasaskan pertanian; berkhidmat dengan badan beruniform seperti penguatkuasaan kastam, polis, kesihatan dll; pegawai bank di industri pertanian, pegawai pentadbir, pegawai hal- ehwal ekonomi, pegawai penyelidikan dan pembangunan (R&D)
Sumber dari: http://www.agri.upm.edu.my ; http://www.antaramedia.com/demo/agriupm/brosur.pdf
7. Bacelor Kejuruteraan (Proses dan Makanan) (Jab. Kejuruteraan Proses dan makanan, Fakulti Kejuruteraan, UPM)
Perspektif kerja:
- Operasi loji pembuatan/pemprosesan dan pengurusan
Kilang-kilang pemprosesan makanan dan bahan pertanian/biologi memerlukan jurutera proses bagi mengendalikan proses pengeluaran berasaskan unit operasi dan pengendalian pemprosesan secara automatik. Jurutera proses juga bertanggungjawab terhadap keselamatan operasi kilang. Oleh itu, beliau mestilah mempastikan kerja-kerja baikpulih dan penyelenggaraan dilakukan dengan betul.
- Rekabentuk kejuruteraan bagi proses, peralatan dan sistem pemprosesan
Bagi kilang-kilang pembuat alatan pemprosesan, jurutera proses diperlukan bagi merekabentuk alatan baru untuk menghasilkan produk baru. Tugas ini memerlukan pengetahuan di dalam rekabentuk proses, rekabentuk alatan dan rekabentuk sistem pemprosesan.
- Pembangunan produk dan penyelidikan.
Jenis barangan makanan berkembang mengikut selera pengguna. Dari masa kesemasa, makanan berbentuk baru dari segi rasa, bentuk, pembungkusan dan makanan yang diperbuat dari bahan baru, menarik minat pengguna.
8. Kejuruteraan Pertanian (lepasan sijil, diploma dan ijazah)
-- Kerjaya dalam bidang pertanian dan kejuteraan pertanian

BIDANG
KERJAYA
SEKTOR AWAM SEKTOR SWASTA SEKTOR USAHAWAN


PERTANIAN

• Pegawai pertanian
• Pegawai penyelidik
• Pembantu pertanian
• Juruteknik pertanian • Pengurus syarikat pertanian
• Penyelia ladang • Peladang jaya
• Pengusaha berasaskan pertanian
• Penternak jaya


KEJURUTERAAN PERTANIAN

• Jurutera pertanian
• Pembantu kejuruteraan pertanian.
• Juruteknik • Jurutera syarikat berasaskan pertanian
• Penyelia/juruteknik syarikat • Perunding Kejuruteraan Pertanian
• Kontraktor Kejuruteraan Pertanian
Sumber dari: http://www.puo.edu.my/WebJabatan/webjkm/Modul/jkm/J1301/UNIT1.DOC

6
Kejayaan dalam Agroteknologi sebagai motivasi

30 Mei 2008 Nabil, 37, yang kini terlibat dalam industri automotif pada mulanya hanya ingin mempelbagaikan sumber ekonominya dan memilih cendawan tiram kelabu untuk diusahakan. Beliau menceburi perusahaan tanaman cendawan apabila dipertemukan dengan seorang rakan di Nilai, Negeri Sembilan yang telah mengusahakan tanaman tersebut terlebih dahulu. “Saya hanya mampu mengeluarkan 50 kilogram (kg) cendawan sehari sedangkan permintaan yang diterima sekurang-kurangnya 150 kg sehari dan kadangkala mencecah 200 kg,” ujarnya. Pada masa ini, beliau memasarkan cendawan harga RM7 sekilogram dengan pembeli datang sendiri ke ladangnya untuk mendapatkan bekalan. Beliau juga akan cuba mengusahakan tanaman cendawan spesies abalone dan telinga kera yang merupakan cendawan yang sedap dan kenyal. Dalam pada itu, beliau juga memulakan usaha awal menternak cacing untuk menghasilkan baja kompos dengan memanfaatkan semula bahan substrat yang telah digunakan. (rajah 1)

27 Mei 2008 TEKUN: Antara pekerja Roslan melakukan kerja harian menyiang ikan di Kampung Nenasi Pantai di Pekan, Pahang. Perniagaan diusaha Roslan di Kampung Nenasi Pantai beri pendapatan lumayan, bantu jiran dapat pekerjaan sampingan. Keperitan hidup sebagai keluarga nelayan yang bergantung sepenuhnya terhadap hasil tangkapan harian untuk perbelanjaan keluarga menyebabkan seorang anak nelayan di Kampung Nenasi Pantai dekat sini, terbabit dalam industri pembuatan keropok ikan tamban. Perniagaan dilakukan Roslan Awang, 44, dengan bantuan isterinya, Noreda Mustafa, 38, itu walaupun masih berkaitan kehidupan nelayan, memberi pendapatan lumayan kepada keluarga berkenaan dengan pendapatan kasar berjumlah kira-kira RM11,000 sebulan. (rajah 2)

23 Mei 2008 (1) ZULKURNAIN: Ketika bekerja sebagai Eksekutif Pembelian di PSC-Naval Dockyard Sdn. Bhd. di Kuala Lumpur, apabila ada masa terluang, saya selalu berjalan-jalan di sekitar Jalan Masjid India dan mengikuti perkembangan peniaga herba di situ dan yang paling menarik ialah peniaga madu lebah. Bertitik-tolak daripada minat saya berkaitan produk berasaskan madu, saya mula membuat kajian mendalam bersama pegawai-pegawai dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia. PERCAYA dengan falsafah, sesuatu perniagaan yang berjaya selalunya bermula daripada skala kecil menyebabkan Zulkurnain Yunus, 43, tidak pernah menyesal dan malu bermula dari bawah dan menumpukan pada pasaran tempatan sebaik mengambil keputusan muktamad bergelar usahawan. Bagi Pengarah Urusan syarikat pengeluar produk berasaskan madu lebah yang didaftarkan dengan nama TLH Product Industries ini, apa yang penting ialah menimba seberapa banyak pengalaman, membina jaringan perniagaan serta mengukuhkan imej syarikat dan memperoleh kepercayaan pelanggan, sebelum melangkah lebih jauh dalam dunia perniagaan.

23 Mei 2008(2) Sejak mengambil keputusan untuk menjadi usahawan, Azian sememangnya tidak menoleh ke belakang lagi. Bahkan, beliau menggunakan segala pengalaman yang ada ketika berkhidmat sebagai eksekutif penyelidikan di sebuah syarikat pemprosesan minyak kelapa sawit, untuk menghasilkan produk coklat buatan sendiri. Kesungguhannya untuk menjadi usahawan telah meyakinkan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) untuk memberi modal serta bimbingan perniagaan. Ke arah matlamat itu, Azian yang baru tiga tahun dalam industri ini sedang dalam kajian untuk menghasilkan coklat yang mengandungi enzim. Di samping itu, beliau juga telah bekerjasama dengan Lembaga Koko Malaysia menghasilkan coklat diabetis. “Sejak beroperasi di Pusat Pemprosesan Makanan di Pusat Pertanian Ampang Tinggi, Negeri Sembilan, saya berjaya menghasilkan 200 keping coklat bersamaan kira-kira 20 kilogram coklat sehari,” ujar graduan ijazah sarjana muda industri kimia dari Universiti Putra Malaysia (UPM) ini. (rajah 3)

16 Mei 2008 (1) Faktor ketiadaan tanah yang sesuai bukan lagi boleh dijadikan alasan untuk tidak menceburkan diri dalam bidang pertanian yang kini menjanjikan pulangan lumayan. Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Sebagai contoh, dengan hanya menggunakan sabut kelapa yang dihancurkan serta formulasi baja yang sesuai, tanaman sayuran bukan saja tumbuh subur tetapi juga mengeluarkan hasil yang amat menggalakkan. Teknologi tersebut telah dimanfaatkan oleh seorang bekas guru yang masih menimba pengalaman tetapi berjaya membuktikan kemampuannya mengeluarkan hasil sayur-sayuran berbekalkan kreativiti. Melihat kepada latar belakang dan pengalaman, Ismail Harun, 63, bukan calang-calang orang yang sanggup bergelumang lumpur dengan menceburkan diri dalam bidang pertanian. Mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat mengenai kaedah penanaman menggunakan sabut dan formulasi baja boleh menghubungi Ismail di 03-90216220 atau Mariam di 012-6258790. (rajah 4)

16 Mei 2008 (2) SEGAMAT: Seorang pesara tentera, Mohamad Jani, 66, yang boleh dianggap sudah memiliki ekonomi stabil sanggup bersusah payah menceburkan diri dalam apa juga perusahaan semata-mata untuk menurunkan kepakarannya kepada generasi muda. Warga emas dari Felda Pemanis Dua itu kini sudah mulai terkenal di daerah ini kerana jeruk buah-buahan dihasilkannya digemari ramai. Mohamad dan isteri, Khuzanah Salim, 62, menceburkan diri dalam perusahaan itu dengan hanya bermodalkan sebanyak RM500 untuk memulakan perniagaan, pada 2005. “Saya buat jeruk bukan kerana mahu menjadi jutawan… kalau diikutkan saya sekeluarga pun stabil menerusi hasil getah yang diperoleh tetapi mengenangkan generasi muda kurang berminat membuat perusahaan ini, saya teruskan jua untuk menarik mereka belajar, ” katanya. Hasil bekalan buah-buahan yang diperoleh sama ada menerusi kebun sendiri atau dibeli, perusahaan mereka mendapat pasaran di Felda menerusi “Satu Wilayah Satu Industri” (SAWARI), Jabatan Pertanian, Pasar Tani dan jualan runcit.

14 Mei 2008 Lepasan diploma sanggup tinggal gaji lumayan tubuh Nuzul Clarich Enterprise majukan projek akuakultur PORT DICKSON: Tidak ramai wanita, apatah lagi yang masih muda sanggup berhadapan jerit perih mengusahakan aktiviti pertanian, terutama jika saban hari terpaksa bergelumang dengan kekotoran atau bau hanyir yang meloyakan sesetengah orang. Begitu juga dengan dua sahabat berusia pertengahan 20-an yang sanggup meninggalkan pekerjaan di pejabat berhawa dingin untuk menceburi bidang penternakan ikan keli secara komersial, cabang aktiviti pertanian yang jarang diceburi wanita. Bagi Engku Nurul Lisa Engku A Rahman, 25, dan Haslah Ali, 26, keputusan untuk menguruskan perniagaan sendiri yang dibuat mereka kira-kira setahun lalu tidak pernah dikesali, malah bersyukur kerana aktiviti ekonomi diusahakan kian berkembang. Melalui syarikat Nuzul Clarich Enterprise, dua sahabat berkenaan kini menternak 30,000 ikan keli dalam 15 kolam yang dibangunkan dengan modal RM190,000 dan mampu mengeluarkan hasil mencecah lima tan metrik setiap bulan. (rajah 5)

13 Mei 2008 KULIM 12 Mei - Ketika rakan-rakan lain memilih kerja makan gaji selepas menamatkan pengajian di Universiti Putra Malaysia (UPM), namun bagi Mohd. Shahrul Daud, dia lebih senang menggunakan ilmu yang dipelajari untuk menceburi bidang usahawan tani. Lulusan Diploma Pertanian yang berusia 25 tahun itu memilih untuk mengusahakan sembilan projek pertanian dan asas tani di beberapa lokasi sekitar Kulim. Projek tersebut ialah menternak lembu tenusu, lembu pedaging, itik telur, tanaman pisang berangan dan emas, tanaman nenas, tanaman fertigasi (cili merah dan terung), produk hiliran (telur masin dan dadih) dan baja kompos. Menurut Mohd. Shahrul, penglibatan aktif dalam bidang pertanian bermula kira-kira tiga tahun lalu setelah melihat potensi luas di samping teruja dengan konsep Pertanian Adalah Perniagaan yang diperkenalkan kerajaan.“Saya menamatkan pengajian dari UPM pada tahun 2004. Apabila memikirkan ilmu yang dipelajari ketika menuntut di UPM, saya memberanikan diri berhenti kerja dan masuk ke bidang pertanian,” katanya ketika ditemui di ladangnya, MND Agroternak Farm di Kampung Tok Rasul di sini hari ini. Mohd. Shahrul yang pernah memenangi hadiah Anugerah Usahawan Majlis Amanah Rakyat (Mara) Kedah 2007 dan Anugerah Belia Kedah 2007 (Wira Tani) berharap dapat menambah bekalan susu pada masa akan datang. Sementara itu, Mohd. Shahrul turut menternak lebih 1,000 ekor itik jawa yang mampu menghasilkan telur kira-kira 750 butir sehari. (rajah 6)

9 Mei 2008 Ini diakui oleh pemilik D’Home Bakery, Mohd. Rezuan Abdullah, 32, yang sering membuat pembangunan dan penyelidikan (R&D) ke atas roti Arab, produk utama bakerinya supaya ia berlainan dengan yang lain. “Saya telah melakukan R&D selama setahun supaya roti ini tahan lebih lama. Alhamdulillah, usaha itu berjaya, produk roti keluaran saya boleh tahan sebulan jika diletak dalam suhu bilik dan jika disimpan dalam peti sejuk, ia boleh tahan selama setahun. Saya buat itu bagi membolehkan roti Arab mampu bersaing dengan roti yang lain. “Saya tidak meletakkan pengawet kimia, sebaliknya pengawet semula jadi yang saya cipta iaitu dengan cara stim bagi mengekalkan kelembapan roti selepas dibakar sekali gus memanjangkan jangka hayat roti,” katanya ketika ditemui di bengkel rotinya di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor, baru-baru ini. Lulusan dalam sains tulen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini berkata, penglibatannya dalam pembuatan roti didorong oleh minat isterinya, Siti Murni Surya, 30. (rajah 7)

Untuk maklumat lanjut dan tambahan, sila layari: http://harizamrry.wordpress.com/category/agro-journal-pertanian/
http://www.mardi.my

Saluran yang memberi pengetahuan dan pengalaman yang lebih menarik:
 Majalah bulanan keluaran MARDI (Agromedia)
- didapati melalui Unit Promosi dan Jualan, Pusat Perkhidmatan Teknikal, Ibu Pejabat MARDI, Serdang, P. Surat 12301, 50774 Kuala Lumpur.
Tel: 03-89437128 Fax: 03- 89487630
 Akhbar Utusan- setiap Jumaat (Mega Agro)
– didapati melalui pembelian Utusan pada hari Jumaat
 Rancangan televisyen- 6:00 - 6:30pm (Agro Jurnal)

1 ulasan:

amira shafinar bt ahmad berkata...

sy dpt ijazah sarjana muda keusahawanan teknologi pertanian.tp sy masih ragu2 utk menerima twaran tersebut atau tidak.